Ahad, 2 Disember 2012

UNIT TEKNIKAL PEJABAT TANAH










 UNIT TEKNIKAL PEJABAT TANAH


Ringkasan:-
Unit ini merupakan Unit yang terpenting yang terdapat di Pentadbiran Tanah Kuala Muda. Kakitangan  di Unit ini terdiri daripada Penolong Pegawai Tanah Gred  NT32, NT27 dan NT 17 , Pelukis Pelan  J22, Pembantu Tadbir Gred N22, N17  dan dibantu olih Pekerja Rendah Awam Gred R4 dan R1 serta 2 orang pemandu.
Aktiviti Penolong Pegawai Tanah di unit ini adalah:-
1.      Menjalankan  pengukuran dan menyediakan laporan tanah bagi:-
 1.1   . Permohonan Tanah Kerajaan untuk hakmilik tetap.
1.2   . Permohonan Tanah Kerajaan untuk Lesen Menumpang Sementara.

2.      Membuat pemeriksaan dan menyediakan lapuran bagi :-
2.1.  Permohonan Ubah Syarat Tanah – Seksyen  124 KTN
2.2.  Permohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah – Seksyen 124 KTN
2.3.  Permohonan Pecahan Sempadan Tanah – Seksyen 137 KTN
2.4.  Permohonan Penyatuan Tanah – Seksyen 148 KTN
2.5.  Permohonan Serahbalik  Sebahagian Tanah – Seksyen 200 KTN
2.6.  Permohonan Hakmilik Sambungan/ Ikrar Hilang- Seksyen 166 KTN
2.7.  Permohonan Pecah Bahagian Tanah – Seksyen 142 KTN
2.8.  Permohonan Permit Bahan Batuan – Seksyen 71 KTN
2.9.  Permohonan Permit Carigali – Seksyen 66 KTN
2.10 Permohonan Pengambilan Balik Tanah – Akta 1960
2.11 Permohonan Hak Lalu Lalang Pentadbir Tanah – Seksyen 388 KTN
2.12 Permohonan Pajak Tanaman
2.13 Permohonan Pindah Milik Ladang
2.14 Permohonan Tukar Ganti Tanah Simpanan/ Luar Simpanan Melayu
3.     Membuat Nilaian Tanah bagi:-
              3.1. Permohonan Kuasa Harta Pusaka
              3.2. Pengambilanbalik Tanah
Persediaan yang perlu dilakukan sebelum sesuatu permohonan tanah disukat.
-         PPT akan menghantar notis kepada pemohon  – Borang 29A Seksyen 400 Kanun Tanah Negara ( Lampiran B ).
-         Pemohon mestilah hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan atas notis.
-         Pemohon mestilah membersihkan sempadan/ perenggan tanah yang  dipohon.       
-        Pemohon mestilah mencari dan menanda batu sempadan yang terdekat dengan tanah yang dipohon / diusahakan. Sekurang kurangnya 2 ketul.
-        Pemohon hendaklah mendapatkan salinan pelan hakmilik tanah yang bertumpu dengan tanah yang dipohon ( jika bertumpu dengan tanah yang telah ada hakmilik/geran ).
-      Pemohon hendaklah memberi  bantuan sepenohnya kepada PPT semasa sukatan tanah dijalankan
Bagaimana Permohonan Tanah Kerajaan Di Proses
-       Tanah yang dipohon akan disukat oleh Penolong Pegawai Tanah bersama-sama pemohon.
-       Pen.Pegawai Tanah akan mengisi butir-butir peribadi pemohon dalam borang laporan.  (Lampiran  A).
-          Tanah yang disukat disediakan pelan dan memenohi spesifikasi JUPEM
-          Kawasan yang disukat serta no fail ditanda dalam syit digital ( Map Info) oleh PPT.
-          Laporan disemak oleh PPT Kanan untuk pengesahan/ pembetulan.
-          Premium dikira oleh  Ketua Unit K
-          Disahkan oleh Tuan PTD/ PPTD.
-          Unit K Sedia kertas sokongan dan hantar ke PTG.
-          Pehak PTG sediakan Kertas Kerja untuk masuk Mesyuarat JKTN.
( Jawatankuasa Tanah Negeri – Di Pengerusikan oleh : (YAB Menteri  Besar Negeri Kedah ).
-          Diluluskan/ Tangguh/ Tolak.
-          Jika lulus, Notis 5A dihantar kepada pemohon untuk tuntut  bayaran  premium.
-          Pelukis Pelan sedia pelan untuk PU/  hakmilik.
-          Pemohon dipanggil ambil Hakmilik.
 Kepada Siapakah Tanah Kerajaan Boleh Dilupuskan?
-          Individu remaja berumur 21 tahun keatas.
-        Perbadanan-Perbadanan yang mempunyai kuasa dibawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah.
-        Raja-Raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah dibawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
-       Badan-Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis – Seksyen 43 KTN.

rujukan
 http://webjabatan.kedah.gov.my/home4/new.php?jab=ptkm&isi=content2&id1=474&id2=1484

Tiada ulasan: