Ahad, 2 Disember 2012

Tanah Rizab






PORTAL RASMI
JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS









soalan lazim  
berkaitan dengan urusan tanah

><

Soalan Lazim Popular:

Hakmilik Hilang


S : Bagaimana caranya kami mendapatkan hakmilik tanah yang hilang?

J: Tuan/puan hendaklah memastikan bahawa hakmilik tersebut benar-benar hilang sebelum membuat repot kehilangan di Balai Polis yang berdekatan. Seterusnya tuan/puan bolehlah hadir ke Jabatan ini untuk  memohon hakmilik yang baru. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan hakmilik hilang (Seksyen 187B KTN) yang telah lengkap diisi dan disertakan dengan repot polis, akuan kehilangan, salinan hakmilik dan akuan bank (jika ada), carian rasmi dan salinan kad pengenalan/sijil kematian dengan bayaran permohonan sebanyak RM40 bagi setiap hakmilik.

Permohonan Mendapatkan Geran Tanah


S : Sekiranya mempunyai tanah yang telah diusahakan, apakah kaedah permohonan bagi mendapatkan geran?

J: Tuan/puan perlulah mengisi BORANG PERMOHONAN TANAH USAHA & MELIHAT PETA  di Kaunter 7, Jab. Tanah & Galian Perlis. Borang yang telah siap diisi perlu mendapatkan pengesahan dari JKKK kawasan tanah yang dipohon dan borang yang lengkap perlu dikembalikan ke Kaunter 10. Pihak jabatan akan membawa permohonan tuan/puan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemberimilikan Tanah Usaha yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Jika diluluskan oleh jawatankuasa, Lesen Menduduki Sementara akan dikeluarkan terlebih dahulu dan kemudian pihak jabatan sekali lagi akan membawa permohonan tuan/puan ke Jawatankuasa untuk kelulusan geran. Jika diluluskan, tuan/puan akan menerima notis untuk membuat bayaran premium tanah sebelum geran dapat dikeluarkan.

Tanah Rizab


S : Apakah tanah rizab Melayu?

J: Tanah rizab Melayu ialah kawasan tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu melalui gazet. Objektif utama diwujudkan tanah rizab adalah untuk menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu. Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.

 

Tempoh Pajakan


S : Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

J: Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Jabatan ini untuk diberi pertimbangan semula.






Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Tanah dan Galian Perlis

Tiada ulasan: