Ahad, 2 Disember 2012

AKTIVITI : PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL

 
OBJEKTIF 
  • Menggerak dan berusaha ke arah pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti.
  • Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat.
  • Menyelesaikan seberapa banyak kes permohonan pembahagian pusaka kecil dalam jangkamasa yang secepat-cepatnya serta mengurangkan perbelanjaan dan kesusahan kepada rakyat di samping memberi penerangan yang jelas dan khidmat nasihat kepada waris yang menuntut pembahagian harta pusaka.
AKTIVITI : PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
Menyerah borang permohonan harta pusaka kepada pemohon :
  • Borang A
  • Borang Faraid
  • Borang Nilai
  • Borang Persetujuan
Memberi penerangan tentang waris-waris yang berhak menerima pusaka
Memberi penerangan cara mengisi borang-borang permohonan Pusaka Kecil.
Menerima borang permohonan harta pusaka berserta dokumen-dokumen berkaitan :
  • Borang Nilai (Asal)
  • Sijil Faraid (Asal) Orang Islam sahaja
  • Borang A (Asal)
  • Salinan Surat Mati
  • Salinan Kad Pengenalan Waris
  • Salinan Akaun Bank, Saham-Saham, Tabung Haji, Salinan Geran Kereta & Motosikal dan lain-lain jika ada
  • Carian Persendirian Hak Milik
Daftar Fail dan merekod butir-butir permohonan.
Mengemukakan Borang B (Mahkamah 390-Pin 1/93) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menerima Borang C dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan rekodkan dalam fail.
Fail-fail yang telah ada borang C direkod dan dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil Kedah Selatan untuk perbicaraan dan keputusan.
Menerima perintah pembahagian Harta Pusaka (Borang E dan T), Hakmilik dan salinan resit cukai tanah, daftar dan mengeluarkan resit urusan.
Menyemak Perintah Harta Pusaka (Borang E dan T) dengan hakmilik, bahagian dan nama simati adalah berbetulan.Sekiranya hakmilik, bahagian dan nama simati tidak betul, pembetulan hendaklah dibuat di Pejabat Pusaka Kecil.
Membuat kemasukan turun milik (Borang E dan T).
Menyerahkan Borang E dan T dan hakmilik kepada PPTD II untuk kelulusan.
Menyisih Borang E dan T, hakmilik dan dokumen verifikasi.Menyediakan pelan baru sekiranya Hakmilik SP dan SPK atau hakmilik bertukar lot.
Menyediakan borang pengesahan terimaan dokumen ketika menyerah hakmilik kepada pemohon.
Menyimpan Borang E dan T, dokumen verikasi dan bukti penyerahan hakmilik untuk dijilid.

rujukan:



Tiada ulasan: