Sabtu, 8 Disember 2012

APA ITU SOLAT
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
  • Solat Asar sebanyak 4 rakaat
  • Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
  • Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
  • Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
  • Solat Zohor sebanyak 4 rakaat 
 

HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
  • Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
  • a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
  • b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
  • Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)
Hadis Rasulullah s.a.w :
1] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
2] Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)
 
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
 
WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU
  • Selepas solat subuh sehingga matahari naik.
  • Ketika matahari naik dengan kadar segalah
  • Ketika matahari berada tegak di atas kepala.
  • Selepas solat asar sehingga matahari jatuh.
  • Ketika matahari terbenam.
PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
PERBUATAN
LELAKI
PEREMPUAN
Ketika takbir
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Ketika sujud
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
Bacaan dalam solat
Boleh menyaringkan bacaan
Dilarang menyaringkan bacaan
Ketika imam terlupa
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
Aurat
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
 


RUKUN SOLAT
  • Niat
  • Takbiratulihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  • Membaca surah al - Fatihah
  • Rukuk serta tamakninah
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk di antara dua sujud
  • Duduk tahiyyat akhir
  • Membaca tahiyyat akhir
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • Salam pertama
  • Tertib
 

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
  • Meninggalkan salah satu daripada rukun solat.
  • Berkata-kata dengan sengaja.
  • Bergerak lebih daripada 3 kali berturut-turut.
  • Terkentut dan yang sewaktu dengannya.
  • Terdapat najis pada badan dan pakaian.
  • Aurat terbuka.
  • Mengubah niat solat.
  • Membelakangkan kiblat.
  • Makan walaupun sedikit.
  • Minum
  • Ketawa
  • Murtad

Tiada ulasan: