JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
|
Tiga Pilihan Pajak Tanah di Perlis

Katanya, tempoh masa pajakan yang ditetapkan adalah untuk selama 30 tahun, 60 tahun, dan 99 tahun.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam, beliau berkata, pemohon boleh memilih tempoh itu berdasarkan kesesuaian dan keupayaan mereka menjelaskan kos pajakan itu.
Md. Isa berkata, kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan imbuhan Aidilfitri kepada kakitangan sembilan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis yang berdaya maju.
Mengenai bonus untuk kakitangan kerajaan negeri, beliau berkata, kerajaan juga akan mengikut langkah Kerajaan Pusat untuk mengeluarkan bonus setengah bulan gaji atau bayaran minumum RM500 untuk 1,351 kakitangan negeri menjelang Hari Raya Aidilfitri - Bernama
Sumber : :Kosmo
Tarikh : 18 Ogos 2011
Rujukan:
http://ptg.ptgps.gov.my/berita2.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan