Ahad, 2 Disember 2012

Ubah Syarat Tanah

Ubah Syarat a 
 dengar  cetak   pdf  emelkan


Objektif
  • Memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam dan Kerajaan adalah menepati matlamat dan tujuan demi untuk membantu dalam mematuhi prosedur-prosedur permohonan yang telah ditetapkan.
  • Memastikan peningkatan kutipan hasil sebagai salah satu sumber pendapatan utama Kerajaan Negeri.
  • Memastikan setiap permohonan yang diterima diberikan keutamaan supaya dapat disegerakan pemprosesannya dalam jangkamasa yang singkat tanpa rungutan ataupun rasa tidak puashati orang ramai.
  • Menyelenggarakan setiap permohonan yang dipermasuk mengikut undang-undang, Dasar-dasar dan sistem serta garis panduan yang ditetapkan.
  • Memastikan pengujudan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkesan.
FUNGSI
  • Untuk menolong pemilik-pemilik tanah agar tidak melakukan kesalahan atau mungkir syarat di bawah undang-undang tanah.
  • Memudahkan kerajaan membuat perancangan pembangunan dengan lebih teratur dan tersusun.
  • Menyimpan rekod-rekod permohonan dengan secara kemaskini dan seterusnya menambahkan perolehan Kerajaan.  
  • Menerima dan memproses permohonan memecah bahagian tanah, sempadan, ubahsyarat tanah, cantuman dan serah balik tanah mengikut seksyen 124, 124A, 137, 142, 148, 197, 200 dan 204D Kanun Tanah Negara (KTN)


PERKHIDMATAN DAN BORANG YANG DIGUNAKAN

BIL
PERKHIDMATAN
PROSES DAN TINDAKAN
BORANG
1.
Memproses Permohonan Untuk Mengubah Jenis Kegunaan Tanah Daripada Pertanian kepada Bangunan Seksyen 124 KTN Borang C
2.
Memproses Permohonan Untuk Mengubah Syarat Nyata Tanah Daripada Bangunan Kepada Bangunan Seksyen 124 KTN Borang C
3.
Memproses Permohonan Untuk Mengubah Syarat Nyata Tanah Daripada Pertanian Kepada Pertanian. Seksyen 124 KTN Borang A & B
4.
Memproses Permohonan Untuk Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah Seksyen 204A KTN Borang 12D
5.
Memproses Permohonan Pecahan Sempadan Tanah Seksyen 135 KTN Borang 9A
6.
Memproses Permohonan Pecahan Bahagian Tanah. Seksyen 142 KTN Borang 9B
7.
Memproses Permohonan Menyatukan (cantuman) Tanah Seksyen 142 KTN Borang 9C
8.
Memproses Penyerahan Balik Sebahagian Tanah. Seksyen 200 KTN Borang 12B
9.
Memproses Penyerahan Balik Semua Bahagian Tanah.Seksyen 197 KTN Borang 12A

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Kesemua aktiviti-aktiviti tersebut di atas adalah sambungan daripada permohonan tuan-tuan tanah / pemohon yang dipermasuk melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan dan seterusnya dipanjangkan untuk kelulusan pada peringkat Pengarah Tanah dan Galian ataupun untuk diproses dan diangkat kepada pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan selanjutnya.

A. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK  PERMOHONAN UBAH JENIS KEGUNAAN TANAH
            - UBAH SYARAT NYATA (BANGUNAN KPD.BANGUNAN)
            - UBAH JENIS (PERTANIAN KPD.BANGUNAN)

1.BORANG PERMOHONAN (SEK.124 KTN)
2. CARIAN RASMI
3.SURAT PERLANTIKAN JURUKUR BERLESEN
4.SALINAN RESIT CUKAI TANAH (TAHUN SEMASA)
5.KEBENARAN MERANCANG DARI MPSPK
6.SURAT KEBENARAN PEMEGANG GADAIAN(JIKA BERKAITAN)
7.SURAT KUASA WAKIL (JIKA BERKAITAN)
8.PELAN TATALETAK – 50 SALINAN (TELAH DILULUSKAN OLEH MPSPK)
9.BAYARAN PERMOHONAN – RM75.00
Nota: Semua permohonan di atas hendaklah dikemukakan melalui Jurukur Berlesen yang dilantik oleh pemohon.


B. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN PECAHAN SEMPADAN /PECAHAN BAHAGIAN/CANTUMAN TANAH
1.BORANG PERMOHONAN – 8 SALINAN - (9A KTN – PECAHAN SEMPADAN)
   (9B KTN – PECAHAN BAHAGIAN)
   (9C KTN – CANTUMAN TANAH)
2.CARIAN RASMI
3.SURAT PERLANTIKAN JURUKUR BERLESEN
4.SALINAN RESIT CUKAI TANAH (TAHUN SEMASA)
5.SURAT KEBENARAN PEMEGANG GADAIAN(JIKA BERKAITAN)
7.PELAN  – 20 SALINAN
8.BAYARAN PERMOHONAN – RM500.00
Nota: Semua permohonan di atas hendaklah dikemukakan melalui Jurukur Berlesen yang dilantik oleh pemohon.

C.         DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN UBAH SYARAT PERTANIAN
1.         BORANG PERMOHONAN (SEK.124 KTN)
2.         CARIAN RASMI – (BAYARAN RM75.00)
3.         SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON
4.         SALINAN RESIT CUKAI TANAH (TAHUN SEMASA)
5.         MAKLUMAT SYARIKAT (JIKA BERKAITAN)
6.         SURAT KEBENARAN PEMEGANG GADAIAN(JIKA BERKAITAN)
7.         PELAN TANAH 10 SALINAN
8.         BAYARAN PERMOHONAN – RM75.00
Nota: Pemohon mestilah pemilik yang berdaftar dalam hakmilik  yang berkaitan.


rujukan:

Tiada ulasan: