JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
|
Perlis bentuk jawatankuasa khas kaji permohonan miliki tanah

"Ada antara penduduk asal sudah meninggal dunia selepas membuat permohonan mendapatkan geran tanah 50 tahun lalu dan kini usaha terbabit disambung waris masing-masing. "Isu tanah begitu sensitif terutama apabila membabitkan pertindihan permohonan. Dengan adanya jawatankuasa khas ini, satu kaedah terbaik bagi menyelesaikan permohonan berkenaan tanpa wujud sebarang perbalahan boleh diambil," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabatnya di sini, kelmarin. Beliau berkata, jawatankuasa itu akan turun padang untuk melihat sendiri status permohonan mereka sebelum melakukan tindakan susulan termasuk membuat sukatan terhadap tanah yang dipohon. Beliau percaya tunggakan 10,400 permohonan tanah yang kebanyakannya adalah pemohon individu akan selesai dalam tempoh dua tahun.
Md Isa berkata, sebelum ini kaedah memproses permohonan tanah mengambil masa yang panjang sehingga setahun bagi setiap 1,000 permohonan. Jika kaedah lama diteruskan ia akan mengambil tempoh 10 tahun untuk diselesaikan semua tunggakan itu. "Selain berusaha membantu penduduk memiliki tanah sendiri, kerajaan negeri juga mendapat manfaat hasil cukai yang dipungut daripada pemilik tanah terbabit," katanya.
Beliau berkata, keutamaan bagi pengeluaran geran itu akan diberi kepada status tanah yang tidak bermasalah dan bagi permohonan bertindih, ia akan mengambil masa. "Tidak dinafikan berlaku sedikit kesukaran bagi menyelesaikan kes tanah yang sama membabitkan dua atau tiga pemohon," katanya. Dalam perkembangan lain, Dr Md Isa berkata, banyak pelabur mula menunjukkan minat untuk melabur di negeri ini tetapi belum membuat permohonan secara rasmi. Beliau berkata, pihaknya mengutamakan penduduk Perlis yang berjaya dalam bidang ekonomi untuk membantu menarik pelabur ke negeri ini.
Sumber : Berita Harian
Tarikh : Khamis; 27 Mac 2008
rujukan:
http://ptg.ptgps.gov.my/berita5.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan