Ahad, 2 Disember 2012

Permohonan Kebenaran (Permit) Mengeluar dan Memindah Bahan Batuan

 

 Permohonan Kebenaran (Permit) Mengeluar dan Memindah Bahan Batuan




  Penerangan Ringkas
Bahan batu bermaksud apa-apa batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cenkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana- mana tanah dan termasuk juga apa-apa bata, granit, batu kapur, simen atau lain-lain barangan yang dikilang darinya

                                                                                                                                     

Seksyen 5 KTN

Pemohon Yang Layak
Permohonan boleh dibuat oleh orang-orang atau badan-badan seperti berikut :-
  • Orang perseorangan berumur 18 tahun ke atas
  • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah
  • Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Peruntukan- Peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsuler, 1957
  • Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Seksyen 43 KTN

  Tanah Yang Boleh Dikeluarkan Permit
  • Tanah Kerajaan.
  • Tanah Milik (Geran).
  • Tanah Lombong.
  • Tanah Rizab.
Seksyen 70 KTN

Permohonan Dibuat
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang dan dokumen seperti berikut :-
A) Dokumen Asas Permohonan
  • Borang Permohonan (Percuma) -seperti lampiran

BORANG PERMOHONAN LESEN BAGI PENGELUARAN
DAN PENGAMBILAN BAHAN BATUAN (ROCK MATERIAL)

Nama & Alamat Pemohon            :………………………………………………………………………….

                        …………………………………………………………………………...

                                                …………………………………………………………………………...

No Kad Pengenalan       :…………………………………  Jenis Bahan Batuan : ……………………..

No.Telefon                    :…………………………………

Tuan Pentadbir Tanah
Pejabat Tanah Kuala Muda,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Tuan,

Saya/Kami seperti nama di atas memohon supaya dibenarkan satu Lesen bagi pengeluaran dan pengambilan bahan batuan Pasir Darat/Pasir Sungai/Tanah Merah/Pasir Lombong dan saya /kami mengaku akan mematuhi kepada segala syarat-syarat  yang dikenakan menurut aturan dan peruntukan Kanun Tanah Negara.

2.         Perihal mengenai tanah berkenaan adalah dijadualkan di bawah ini :

a)         Mukim : …………………………………   Tempat/Kawasan  …………………………………..

b)         Tanah/Kerajaan/Tanah Rizab/Tanah Lombong

            Bil. Pajakan Galian         : ……………………….
            No Lot/Plot                   : ……………………….    Syarat Tanah : ……………………………
c)         Luas tanah yang dipohon           : ……………………….
d)         Nama tuan tanah                       : ……………………………………………………………….
(Jika sekiranya permohon bukan tuan tanah, sila dapatkan surat keredzaan daripada tuan tanah berkenaan)
e)         Anggaran bahan batuan yaag hendak diambil ……………………………….meter padu   dalam masa  ………………………. hari/minggu/bulan.
3.         Bersama-sama ini disertakan pelan tanah dan rancangan kertas kerja yang meliputi segala segi kerja pengorekan dan kawasan serta pelan yang menunjukkan jalan masuk/keluar (acess road) dengan surat keredzaan dari tuan tanah yang berkaitan.
Sekian terima kasih.

Saya yang benar,

…………………………………….                                                            Tarikh : ……………………
  • Salinan Kad Pengenalan (jika pemohon individu)
  • Profail Syarikat – Borang D / Articles of Memorendum (jika pemohon syarikat)
B) Dokumen Tapak / Tanah
  • Salinan Hakmilik atau Carian Rasmi
  • Salinan Resit Bayaran Cukai Tahunan
  • Pelan Tapak/Pelan Jalan Keluar Masuk Tapak
  • Contour and Spot Level Plan (Tanah Merah)
C) Surat-Surat Keizinan/Sokongan
  • Surat Kebenaran Tuan Tanah
  • Surat Kebenaran Pemilik Tanah Laluan Masuk Keluar
  • Surat Keizinan Pihak Berkepentingan
  • Surat Sokongan Penghulu/JKKK (jika berkaitan)
D) Kertas Cadangan (ringkasan)
E) Bayaran Permohonan RM 75.00 (Individu) / RM 200.00 (Syarikat)





  Permohonan Perlu Dikemukakan
Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Tanah mengikut kawasan yang dipohon.

  Kuasa Melulus
Pentadbir Tanah kecuali tanah-tanah rizab sungai / tasek / laut oleh Pihak Berkuasa Negeri.

                                                                                                                                  

Seksyen 13 & 70 KTN

  Kadar Bayaran Pemindahan Bahan Batu
Tanah Merah
RM 2.00 / meter padu
Tanah Liat
RM 2.00 / meter padu
Rumput
RM 2.00 / meter padu
Pasir Sungai
RM 3.00 / meter padu
Pasir Darat
RM 3.00 / meter padu
Pasir Lombong
RM 3.00 / meter padu
Bata Merah
RM 3.00 / 1000 ketul


  Bayaran Wang Pertaruhan (Deposit)
  • Bayaran wang pertaruhan ( deposit ) adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah.
  • Perkara yang perlu dilakukan selepas permohonan diluluskan:-
         ---> Menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan           dan  mendapatkan resit bayaran
         ---> Menandatangani surat akuan mematuhi syarat permit
         ---> Mengemukakan 4 salinan pelan kawasan yang telah diperenggan.
         ---> Mengambil Permit 4C.
         ---> Mengambil doket.

Bahan Batu Boleh Dikeluarkan
Bahan batu boleh dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan dalam permit.

Syarat-Syarat Yang Dikenakan

Syarat-syarat yang digunakan adalah seperti berikut:-
1. Penyediaan buku-buku resit :

a)     Buku-buku resit jenis ‘double sided’ bagi setiap helaian resit.

b)    Resit hendaklah diisi dengan sempurna, ditandatangani oleh pemegang permit (atau wakil yang sah) dan dikeluarkan kepada setiap lori bagi setiap trip sebelum lori/bahan batuan dibawa keluar dari kawasan kuari.

c)     Resit-resit hendaklah dikeluarkan secara tertib mulai dari angka kecil hingga ke angka besar.

d)    Sehelai resit hanya sah bagi satu trip sahaja.

e)     Resit / salinan permit adalah bukti kebenaran membawa pindah bahan batuan dari tapak kuari dan hendaklah ditunjukkan setiap kali diminta oleh anggota penguatkuasa agensi-agensi kerajaan.

f)     Tunggul buku / salinan pendua resit hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Tanah Kuala Muda bagi tujuan pengesahan pada bila-bila masa yang diperlukan.

2. Permit Borang 4C, Kanun Tanah Negara 1965 yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Kuala Muda hendaklah pada setiap masa berada bersama pemegang permit atau agennya yang diberi kuasa mengeluarkan resit-resit di tapak kuari. Permit tersebut hendaklah ditunjukkan semasa pemeriksaan oleh Pentadbir Tanah Daerah/anggota penguatkuasa Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.

3. Syarat-syarat berkaitan kenderaan lori

a)     Semua lori dan pemandu yang mengangkut bahan batuan hendaklah diluluskan dan mematuhi semua peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

b)    Lori-lori yang akan menjalankan pengangkutan bahan batuan dimestikan mematuhi spesifikasi JKR dan mempunyai pelekat khas yang dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah/Pentadbir-Pentadbir Tanah Negeri Kedah.

c)     Setiap lori yang membawa keluar bahan batuan mesti mempunyai resit bayaran royalti yang sah daripada Pentadbir Tanah.

4. Syarat-syarat yang berkaitan waktu operasi

a)     Aktiviti operasi di tapak kuari dibenarkan mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

b)    Pergerakan lori yang membawa pindah bahan batuan dari tapak kuari hanya dibenarkan mulai jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari dan 2.00 petang – 6.00 petang. Pergerakan lori dengan muatan di jalanraya mulai jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang adalah ditegah sama sekali.

c)     Operasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum adalah tidak dibenarkan. Kecuali dengan mendapatkan kebenaran khas daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri/Pentadbir Tanah.

5. Had-had dan batasan aktiviti di tapak kuari

a)     Ditegah sama sekali mengorek dan membawa pindah bahan batuan dalam lingkungan 10 meter (33 kaki) dari sempadan lot bersebelahan.
b)    Bertanggungjawab menjaga keselamatan batu / tanda sempadan lot.

c)     Ditegah mengorek dan membawa pindah bahan batuan dalam lingkungan 10 meter (33 kaki) dari jalanraya kecuali dengan kelulusan Pentadbir Tanah.

d)    Ditegah mengorek melebihi kawasan yang dibenarkan walaupun berada dalam lot yang telah diluluskan kecuali setakat yang dibenarkan oleh Pentadbir Tanah.

e)     Kedudukan pam penyedut pasir hendaklah berada di tengah-tengah sungai dan ditegah sama sekali mengalihkannya berhampiran dengan tebing (pasir sungai).

f)     Tebing sungai dan simpanan sungai tidak boleh dikacau ganggu sama sekali untuk mengelakkan runtuhan tebing sungai.

6. Syarat-syarat pentadbiran

a)     Mengadakan papan tanda kuari dan amaran lori/kenderaan berat keluar masuk di tempat yang bersesuaian.

b)    Mengadakan papan tanda yang mengandungi maklumat kuari seperti berikut :-

·         Nombor Lot dan Mukim
·         Nama Pengusaha, Alamat dan Nombor Telefon
·         No.Fail Pejabat Tanah Kuala Muda
·         Jenis Kuari

7. Risiko Kemalangan di tapak kuari dan apa-apa kerugian yang berbangkit darinya adalah menjadi tanggungjawab pemegang permit sepenuhnya.

8. Permit yang dikeluarkan tidak boleh dipindahmilik dan akan tamat secara automatik setelah pemegang permit meninggal dunia dan berlaku pertukaran milik tanah (tapak kuari) kecuali pemilik baru memberi keb



rujukan:



 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ada contoh kertas kerja permohonan permit pasir dasar laut?

Sekiranya ada, mohon emailkan kepada saya mr.mohamadharis@gmail.com

Terima Kasih banyak².